KEPUTUSAN ARSENAL VS MALAYSIA 25 Julai 2012

July 24, 2012 | By | Add a Comment

Tahniah kepada skuad kebangsaan atas kejayaan dan kehebatan yang ditunjukkan semasa melawan pasukan arsenal di mana kita hampir menang perlawanan tersebut. Keputusan akhir adalah malaysia kalah 1-2. Daripada corak permainan nampak banyak kemajuan dan rajagopal berpeluang memilih ramai pemain berbakat untuk diketengahkan bagi mempertahankan piala Suzuki nanti.

Separuh masa pertama amat menarik dimana gol pertama harimau malaya dihasilkan Azmi Muslim dengan rembatan cantik jarak jauh. Namun pertukaran pemain pada masa kedua seperti meletakkan striker sebagai pertahanan mengucar kacirkan pertahanan dimana Arsenal berjaya mendapat 2 gol pada minit-minit akhir. Namun corak permainan keseluruhan pemain patut dipuji dan kredit harus diberi kepada penjaga gol Malaysia iaitu farizal Marlias atas kecekapan menjaga gawang Harimau Malaya. Malaysia hampir mengalahkan arsenal ..Malaysia Boleh!!!!!

 


Category: GENERAL

About the Author ()

Leave a Reply